Mulanya Di Sini (Pengenalan)


 Assalamualaikum w.b.r 

Salam perkenalan dan salam persahabatan kepada semua pengunjung-pengunjung sekelian. Sebagai orang baru dalam dunia blog ini, salah silap saya dalam 'berkarya' saya pohonkan dengan seribu kemaafan. Saya sebenarnya mempunyai minat di dalam bidang penyampaian, tak kiralah dalam penyampaian berita, pengacaraan, MC ataupun penyampai radio. Malangnya, saya ni agak gemuruh bila berada di khalayak ramai. Setakat jadi MC untuk majlis kecil-kecilan ada le.

Demi melangsungkan minat yang sama, saya ubah haluan minat kepada penyampaian ini melalui penulisan. Maka lahirlah blog 'Sembang Kala Senggang' ini yang bermakna sembang-sembang di waktu terluang(waktu-waktu senggang). Saya sangat berminat untuk menjadi seperti penyampai-penyampai radio yang dapat melayan pendengar-pendengar dengan reaksi-reaksi spontan, kelakar dan bersahaja. Antara yang saya minati ialah Dato' Aznil Nawawi, arwah Din Beramboi dan Salih Yaacob (sekadar menyebut beberapa nama). Demi mengisi dan memeriahkan blog saya ini, saya akan meletakkan topik-topik yang menarik untuk dikongsikan bersama-sama pengunjung-pengunjung sekelian. Sedapat yang boleh saya akan memberikan komen balas serta ulasan terhadap komen-komen anda semua.

Oleh itu, sudilah kiranya anda memberikan komen, pendapat atau ulasan terhadap topik-topik yang akan dikemukakan dari masa ke semasa ini nanti. Jangan harap komen balas dari saya dalam bentuk yang baik-baik dan 'skema' belaka kerana saya suka memberi komen-komen yang agak merapu juga. Tetapi, perlu diingat, jangan sesekali memberi komen atau pendapat yang berbaur lucah, mencarut, politik, perkauman atau apa-apa sahaja yang tidak senang dibaca kerana ianya akan di'caras' dengan sewenang-wenangnya.

Sekiranya topik yang diperbincangkan tidak mendapat sambutan, saya akan kemukakan topik-topik yang baru pula. Anda juga digalakkan untuk mengesyorkan topik-topik menarik untuk diperbincangkan. Segala komen atau maklumbalas dari anda semua amatlah saya hargai. Ianya penting bagi menghidupkan dan memeriahkan blog ini supaya saya tidak hanya bertepuk sebelah tangan atau syok sendiri. Sudi-sudikanlah juga menjadi 'Pengikut Blogku' supaya saya tahu yang blog ini ada kelompok peminatnya sendiri. Akhir sekali, silalah ke ruang sembang di sebelah untuk bersembang tak hengat!
Mozar


Sambil berendam pun boleh sembang apa!

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca pecah cermin, lepas baca harap komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...